in ,

‘Saya Cakap Guna Fakta’, Uyaina Arshad Ulas Isu Dikecam Berkenaan Abang Bas

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 32, tidak kisah jika ada yang mengecam usahanya menyebarkan kesedaran mengenai isu gangguan seksual, terutama melibatkan kanak-kanak.

Bagi Uyaina, ini adalah usahanya untuk mendidik masyarakat, terutamanya selepas isu “Abang Bas” tular di media sosial.

“Ini cabaran untuk beri pendidikan kepada masyarakat. Tak perlu jadi peguam untuk bercakap atau suarakan isu ini,” katanya.

Uyaina menekankan bahawa tindakannya berdasarkan fakta, bukan sekadar pandangan peribadi.

“Apa yang Abang Bas lakukan itu salah menurut akta. Saya cakap berdasarkan fakta, bukan sesuka hati.”

Uyaina Arshad

Dalam satu majlis baru-baru ini, Uyaina turut menegaskan bahawa semua individu, termasuk “Abang Bas”, berhak mendapat pembelaan selagi belum disabitkan bersalah.

“Saya tak pernah jatuhkan hukuman kepada Abang Bas, itu tugas mahkamah. Saya hanya sebarkan kesedaran,” jelasnya, yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan daripada orang ramai.

Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah, yang dilihatnya sebagai ancaman jenayah kanak-kanak.

Pemandu bas tersebut, dikenali sebagai “Abang Bas”, didakwa atas pertuduhan amang seksual tetapi dibebaskan dengan jaminan RM40,000, mencetuskan perdebatan awam.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Fazura Tak Pernah Burukkan Fattah’ – DJ Sonic

‘Sedondon? Itu Hanya Kebetulan’ – Muaz Zabir