in ,

Myra Natasha Masuk Hospital Akibat Keresahan Selepas Konflik dengan Halim Othman

Pelakon Myra Natasha, 25, baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah dimasukkan ke hospital selama lapan hari akibat keresahan dan kesedihan yang melampau. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada konflik bersama bapanya, penyampai radio terkenal, Halim Othman.

Pada Mei lalu, Myra mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin. Pendedahan tersebut membawa kepada pelbagai kecaman daripada netizen, terutamanya di media sosial, di mana Myra mendakwa menerima mesej langsung (DM) yang sangat menyakitkan hati.

“Apa yang terjadi tahun ini sangat menakutkan. Sewaktu saya berjumpa dengan pihak media untuk bercerita mengenai konflik ini, saya teruk dikecam. Saya juga menerima mesej yang sangat menyakitkan. Malah, ada pihak yang buat video di TikTok hanya untuk bercakap mengenai hal saya. Ia melukakan hati saya walaupun pada luaran saya nampak kuat.”

Myra Natasha.

Myra, yang nama sebenarnya ialah Yusmyra Nastasya Abdullah, menyatakan bahawa tekanan dan kecaman yang diterima selepas pendedahan tersebut menyebabkan dia mengalami keresahan dan kesedihan yang berat, sehingga perlu dirawat di hospital. Walaupun begitu, Myra mengaku tindakannya itu telah memberi inspirasi kepada anak-anak lain yang menghadapi situasi sama.

“Meskipun dikritik hebat, saya lega apabila tindakan saya telah menyuntik semangat anak-anak yang mengalami situasi serupa untuk bangkit memperjuangkan hak mereka. Ada ramai anak di luar sana yang mengalami masalah sama, di mana ibu bapa mereka tidak mengaku anak. Jadi, tindakan saya ini memberikan kesedaran kepada mereka untuk berani bersuara,” jelasnya.

Myra juga bersyukur kerana menerima sokongan daripada pihak berwajib dan golongan agamawan yang menghulurkan bantuan serta memberikan nasihat mengenai situasi yang dihadapinya.

“Bila hal seperti ini terjadi, ramai peguam, ustazah, dan wakil kerajaan menghubungi saya untuk memberikan bantuan. Mereka lebih arif mengenai hal ini. Malah, saya juga berjumpa dengan golongan agamawan untuk bercakap mengenai kesihatan mental,” katanya.

Dalam pada itu, Myra menyatakan kekecewaannya kerana sehingga kini Halim Othman didakwa tidak menghubunginya untuk membincangkan konflik ini, walaupun sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan CPR kepada Allahyarham Yasmin Ahmad Sebelum Meninggal Dunia

Riena Diana Tidak Mahu Tinggal di Hutan Selepas Berkahwin dengan Keith Foo