in

Bakal Bercerai Dalam Masa Terdekat, Nabila & Emran Tidak Tinggal Serumah Sejak Januari Lalu

Persoalan netizen mengenai rumah tangga milik kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa, iaitu Noor Nabila bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal hampir terjawab apabila dia mengumumkan bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Menerusi laporan Harian Metro, Nabila berkongsi tentang perkara itu diputuskan setelah Emran memberitahu untuk tidak meneruskan rumah tangga yang telah dibina sejak 2021 lalu.

“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka,” katanya.

Tambahnya, bukan niatnya untuk meruntuhkan rumah tangga sendiri malah berimpian untuk melayari bahtera perkahwinan berpanjangan namun bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad tersebut enggan berkongsi secara terperinci tentang masalah rumah tangga mereka.

“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan.

“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabila akui menginginkan perkahwinan yang berbentuk harmoni namun dia reda atas keputusan tersebut dan mengambil iktibar atas kejadian itu.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.

Terdahulu Harian Metro juga ada melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa mengalami keretakan.

Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020 serta dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

40,000 Pengunjung Hadir Karnival Mega Suria, DJ Lin Luah Rasa Syukur

Sudah Berbulan Tidak Menerima Nafkah, Adibah Tampil Bela Diri Kes Nusyuz