in

Dah Selesai Cara Baik, Syafiq Kyle Mohon Tiada Isu Lanjut Tentang Hubungannya Bersama Mimi Lana 

Pelakon, Syafiq Kyle memaklumkan permasalahan tentang hubungannya bersama pelakon juga iaitu Mimi Lana yang kini sudah diselesaikan dengan cara baik malah mereka lebih fokus untuk keluarga dan kerjaya sendiri. 

Menerusi video temubual media bersama Syafiq Kyle, dia bersikap professional dalam menjawab persoalan tersebut setelah tular tentang pembatalan pernikahannya yang sepatutnya dilangsungkan pada 18 Ogos lalu di Bentong, Pahang.

Menurut Syafiq atau Mohd Syafiq Shamin Abdul Razak, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang status hubungannya bersama Mimi Lana malah menghormati kedua-kedua belah keluarga.

“Saya ambil maklum mengenai isu ini (krisis hubungan dengan Mimi) dan terima kasih saya ucap kepada semua yang ambil berat mengenai saya dan Mimi.

“Saya harap isu ini tidak lagi diulas lanjut sebab perkara ini membabitkan banyak pihak. Saya ambil pendekatan dan berharap isu ini tidak diulas lagi.

“Saya hormati kedua-dua belah pihak dan isu ini pun sudah diselesaikan dengan cara baik antara pihak saya dan Mimi,” ujarnya.

Pelakon berusia 31 tahun itu ditemui di sidang media promosi filem Doh, iaitu naskhah sulung terbitan syarikat produksinya, Indigo Films di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad pada Sabtu lalu.

Kecoh di media sosial mengenai pembatalan pernikahan Syafiq dan Mimi pada bulan lalu telah menimbulkan persoalan ramai pihak sehingga kini.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 tersebut tidak menjawab persoalan status hubungan bersama Mimi Lana malah mengharapkan supaya isu terbabit tidak berpanjangan lagi.

“Buat masa sekarang, kami ambil pendekatan dan ruang untuk fokus kepada keluarga dan kerja. Saya harap isu ini tidak dilanjutkan lagi dan tiada susulan lagi,” jelasnya.

Sementara itu, pihak media bertanya lagi tentang isu Syafiq bersama Mimi membuatkan dirinya meminta soalan yang berbeza berulang kali.

“Soalan lain, soalan lain la,” katanya dengan nada yang agak hiba dan penuh tabah.

Sebelum ini, mereka pernah putus cinta di tengah jalan tetapi kasih sayang tersebut bertaut kembali dengan mengemaskini gambar pertunangan di media sosial milik pasangan tersebut.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Demi Anak-Anak, Farid dan Diana Sepakat Rujuk Semula

Rujuk Kembali 31 Ogos Lalu, Farid Kamil dan Diana Danielle Ambil Iktibar