Baru-baru ini, pelakon Zara Zya dikhabarkan membuat laporan polis ke atas dua individu berhubung gangguan seksual dan kes penipuan terhadapnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyatakan bahawa laporan itu dibuat bertujuan mengambil tindakan terhadap individu yang telah menggunakan fotonya untuk kes penipuan.
Tidak cukup dengan itu, laporan kedua turut dilakukan oleh pelakon kelahiran Lenggong, Perak itu atas tindakan seorang individu yang menghantar mesej lucah sehingga dirinya terganggu.
“Anda berani buat, jangan fikir saya tak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang – undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu.
“Seorang yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan/scam pelaburan dalam talian Facebook (Kerja Kosong Ipoh 2023) baru baru ini.
“Laporan polis juga telah dibuat ke atas individu yang telah melakukan “sexual harrasment” ke atas saya dengan gangguan secara lisan, hantaran gambar-gambar tidak sopan dan juga panggilan yang bertubi tubi setiap malam yang mengganggu emosi saya.
“Gangguan ini berlarutan sejak beberapa bulan lepas dan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya,” tulisnya.
Menerusi hantaran terbabit, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat memegang dua kertas laporan sambil menutup detail yang ada pada kertas tersebut.
Dalam pada itu, aktres drama Love You Mr.Arrogant tersebut turut memuat naik foto tangkap layar yang didapati dari aplikasi Facebook ke Insta Story miliknya.
Sementara itu, Zara turut memuat naik rakaman panggilan telefon daripada individu yang sering mengganggunya sehingga mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kurang sopan.
“Saya suka body awak,” ujar individu terbabit.
GIPHY App Key not set. Please check settings