in ,

7 Tahun ‘Menanti’ Akhirnya Yuna Kembali

Penyanyi antarabangsa, Yuna kembali dengan single berbahasa Melayu berjudul Menanti selepas tujuh tahun.

Sibuk dengan pembikinan album, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai tidak menyedari tujuh tahun berlalu begitu sahaja.

“Sudah tujuh tahun rupanya, sehingga saya sendiri tidak sedar dengan peredaran masa yang pantas!

“Tujuh tahun kebelakangan ini saya banyak fokuskan tenaga saya untuk pembikinan album terdahulu seperti ‘Chapters’, kemudian ‘Rouge’, dan yang terbaharu ‘Y5’.

“Setiap album saya harus persiapkan diri untuk siri jelajah sekitar Amerika Syarikat, dan pandemik COVID-19 melanda, terlalu banyak yang berlaku,” katanya.

Menurut penyanyi yang masih berkelana di Los Angeles, Yuna terkenang akan sepupunya yang meninggal dunia sewaktu menulis liriknya.

“Apabila menulis lirik lagu ini, saya terkenangkan Allahyarhamah sepupu saya, Amy, dia juga merupakan teman baik saya.

“Hidup saya seakan hancur apabila mengetahui bahawa dirinya kini sudah pergi buat selamanya, jadi secara organiknya, saya curahkan jiwa saya ke dalam lagu ini.

“Ketika saya perdengarkan lagu ini kepada beberapa rakan artis, mereka merasa sedih walaupun bait-bait liriknya seperti lagu cinta,” jelas Yuna.

Lagu cinta yang mengisahkan tentang rindu akan mereka yang jauh namun tetap setia menanti, Menanti menjadi ubat buat kerinduan peminat Yuna yang menantikan single bahasa Melayu.

Kini Menanti boleh didengarkan di aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music manakala audio single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Aaron ‘Nasihat’ Syamsul Minta Maaf Dengan Ibu Bapa. Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur

Ilusi Fatamorgana Morning Morning Suria