in ,

Penangan Imaginur, ‘Hasrat’ Amir Jahari Trending di Twitter

Penangan filem Imaginur yang sedang hangat diperkatakan sekarang, OST filem tersebut Hasrat nyanyian Amir Jahari turut menerima sambutan dari orang ramai.

Mendapat perhatian di ruangan media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook serta trending di Twitter, lagu ini juga turut mendapat tempat di tangga ke-13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify.

Penyanyi serta pencipta lagunya, Amir Jahari sebenarnya sudah lama mahu mencipta lagu cinta dan ianya diinspirasikan daripada intipati filem tersebut.

Amir mencipta lagu Hasrat sepenuhnya

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya membuat OST filem. Filem pertama adalah Orang Itu, sebuah filem dari Low Ngai Yuen yang keluar pada tahun 2018. Cuma untuk OST Filem ImaginurHasrat ini adalah sangat dekat dihati saya.

“Saya memang bercita-cita untuk membuat OST untuk filem kisah cinta. Apabila Nik Amir Mustapha sendiri menghubungi saya untuk bekerjasama, saya memang sangat teruja dan tidak sangka.

“Tanpa banyak fikir, saya terus setuju dan hantar demo pada beliau berdasarkan sinopsis yang diberi. Alhamdulillah beliau setuju dan proses seterusnya mudah sahaja. 

“Untuk mengetahui maksud lagu ini, filemnya harus ditonton dahulu, kerana gambaran keseluruhan pada lagu Hasrat boleh dilihat di saat kemuncak filem tersebut”, jelas Amir.

Imaginur kini boleh disaksikan di pawagam

Imaginur merupakan sebuah filem kisah cinta bergenre sci-fi ataupun fiksyen sains yang dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Beto Kusyairi dan Diana Danielle.

Hasrat kini boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Itunes, kkbox dan Deezer, muzik videonya juga sudah sedia untuk ditonton di Youtube Luncai Emas Sdn Bhd.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mayumi Kasuga Hanya ‘Satu’

Alif Satar Merokok, Akur Kehendak Pengarah Filem Pulau