Memilih Pulau Pinang sebagai destinasi seterusnya, Pesta Kopi kembali dengan nama Pesta Kopi Penang yang akan berlangsung pada 10 hingga 11 Disember 2022 bertempat di Hin Bus Depot, Georgetown.
Ini merupakan kali pertama Pesta Kopi diadakan di Pulau Pinang dan pemilihan di lokasi syurga makanan itu dibuat selepas mendapat sambutan hangat dari peminat kopi dari acara-acara yang telah dibuat sebelum ini iaitu Pesta Kopi KL, Pesta Kopi Melaka dan Pesta Kopi Extended.
Lebih menarik lagi, acara ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia sebagai sebahagian daripada acara Cuti-Cuti Malaysia.
Acara ini melibatkan lebih dari 45 usahawan kopi yang hadir dari seluruh negara dan antarabangsa bagi menarik minat penggemar kopi untuk mengetahui jenama-jenama kopi lokal dan antarabangsa serta meningkatkan lagi sambutan budaya kopi di Malaysia.
Pengunjung dapat melihat sendiri demonstrasi penyediaan kopi seperti cara menyeduh, memilih biji kopi dan memanggang biji kopi selain daripada menikmati pelbagai produk kopi yang dijual dengan harapan dapat menyemaikan lagi budaya kopi di Utara.
Selain usahawan kopi, acara ini juga disertai beberapa pengusaha makanan jalanan dan turut dimeriahkan dengan persembahan penampilan istimewa iaitu kumpulan Jahvallion dan Aru Peruzza.
Mari beramai-ramai memeriahkan Pesta Kopi Penang yang akan berlangsung pada hujung minggu ini dan rasai sendiri pengalaman bersama komuniti kopi di Malaysia.
GIPHY App Key not set. Please check settings