HIGHLIGHTS / SOROTON dari konsert minggu keenam, Suku Akahir One In A Million yang berlangsung di Shah Alam.
Minggu ini Alif Satar menjadi Juri Jemputan. Hanya tinggal Eylia Guntabid, Mary Grace, Jimi, Kai Deva,Zazzleen & Mariam.
Siapa peserta tersingkir?!
Info Program
Calpis Soda One In A Million Bersiaran secara langsung daripada Studio 1, Glenmarie, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton.
Program ini terbuka kepada peserta berumur 15 tahun ke atas, dan peserta dinilai berdasarkan keaslian, kreativiti, dan bakat tambahan seperti bermain alat muzik atau menari. Proses ‘elimination’ bermula dari episod satu, sehingga tinggal 4 finalis di episod akhir.
Keputusan akhir bakal ditentukan berdasarkan 60% markah juri dan 40% undian penonton. Undian akan mula dibuka daripada episod kedua hingga episod kelapan, dan penonton boleh mengundi melalui kod khas yang diumumkan semasa siaran.
Jumlah Episod: 8 episod dari 22 Disember 2024 hingga 9 Februari 2025. Antara cabaran termasuk mempersembahkan lagu era 80-an hingga 2000-an, gabungan pelbagai genre muzik, lagu nostalgia, dan runut bunyi filem tempatan.
Episod akhir Finale – Malam Paling Fizz pada 9 Februari 2025 akan menampilkan persembahan istimewa daripada bintang ternama yang akan diumumkan kelak.
Hos Program
Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy
Juri Tetap
Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan
Shah Alam • 26 Januari 2024
GIPHY App Key not set. Please check settings