Selepas perpisahannya dengan bekas isteri, Nur Fazura, segala perkara yang dilakukan oleh pelakon Fattah Amin pasti menjadi perhatian netizen.
Terbaharu, pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku itu berkongsi satu konten TikTok bersama ibunya.
Video singkat tersebut turut disertakan dengan kapsyen ‘manis’ menunjukkan penghargaan dan kasih sayang terhadap bonda kesayangannya.
“Yang penting ✌🏻jangan turun. Syurgaku,” tulis Fattah.
Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian warganet adalah fizikal ibu Fattah yang disifatkan tampak awet muda walaupun mempunyai anak yang berumur lingkungan 30-an.
“Berapa umur mak Fattah ni? Sebab nampak muda,”
“Tak nampak macam mak, nampak macam kakak,”
“Macam muka Fatima lah, comel.”
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang meminta ibu Fattah untuk menjodohkan aktor berkenaan dengan penyanyi, Amira Othman.
“Comelnya mak Fattah, duet dengan Amira Othman sesuai ni,”
“Tolonglah pinangkan Amira untuk Fattah,”
“Mak cik tolong jodohkan Fattah dengan Amira.”
Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih 30,000 tanda suka dan lebih 500,000 tontonan di TikTok.



GIPHY App Key not set. Please check settings