in ,

Teater ‘Date’ Jom? Festival Budaya Putrajaya 2024 Bakal Persembah Teater Skala Besar Dibintangi Pelakon Terkenal!

Festival Budaya Putrajaya 2024 akan mempersembahkan teater bertajuk Cinta Ahmad Mutawakkil (CAM) buat pertama kali secara besar-besaran.

Pementasan ini akan diadakan secara percuma dari 20 hingga 22 September 2024 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Orang ramai boleh mendapatkan pas masuk dengan mengimbas kod QR yang disediakan melalui media sosial rasmi PPj.

Teater CAM diadaptasi dari cerpen karya Zainal Rashid Ahmad yang pernah memenangi Hadiah Sastera Utama pada tahun 2002. Cerpen ini mengangkat tema perpaduan dan perjuangan negara menjelang kemerdekaan, yang bertepatan dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Menurut PPj, pementasan ini juga menggabungkan elemen muzik, tarian, dan seni visual untuk menjadikannya lebih menarik.

Pemilihan teater sebagai salah satu acara utama festival tahun ini adalah sebahagian daripada usaha PPj untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat seni budaya. Teater diakui sebagai medium penting untuk mempamerkan budaya dan sejarah negara, terutamanya dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Teater CAM akan menampilkan gabungan pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Mimi Enirda, dan Geoff Andre Feyaerts. Pemilihan pelakon dilakukan melalui ujibakat secara dalam talian dan fizikal. Kehadiran selebriti ini dijangka menarik minat golongan muda untuk menonton teater buat kali pertama.

Salah satu cabaran utama pementasan ini ialah memastikan jalan cerita sesuai dengan fakta sejarah. Walaupun watak-wataknya rekaan, peristiwa yang digambarkan adalah berasaskan fakta sejarah Malaysia, bermula dari zaman penjajahan British sehingga kemerdekaan pada tahun 1957. Latihan teater ini berlangsung selama dua bulan untuk memastikan persembahan yang berkualiti.

Selain teater, Festival Budaya Putrajaya 2024 turut menawarkan pelbagai acara budaya lain seperti pameran seni dan persembahan kebudayaan. Program-program ini selari dengan visi untuk memupuk keseimbangan antara pembangunan moden dan pemeliharaan warisan budaya negara.

PPj berharap teater CAM ini bukan sahaja menarik minat penonton tempatan tetapi juga dapat menarik pelancong luar negara. Teater ini juga diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga warisan budaya dan sejarah Malaysia.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Poyo! Azhar Sulaiman Bidas Artis Baru Popular Perkecil Anugerah & Usaha Tempatan Naikkan Industri

Dihambat Kontroversi Amir Ahnaf, Angel Dolla Luah Rasa Terharu