Pelakon Mia Nasir, 33, mengalami insiden menakutkan apabila anjing jenis Rottweiler hampir menggigit betisnya semasa menjalani penggambaran drama terbarunya.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Mia dan aktres Mimi Lana dilihat mahu memasuki sebuah rumah apabila secara tiba-tiba anjing tersebut menyerang bahagian kaki Mia.
Coret Mia, yang juga adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir, berkata, “Anjing itu adalah anjing yang dilatih untuk berlakon. Ketika saya menjerit, saya sudah nampak bahawa ia akan menyerang saya.
“Karakter saya memang takutkan anjing. Saya rasa pelatih anjing perlu lebih peka dan memastikan tali anjing tersebut sentiasa pendek supaya ia tidak boleh sampai kepada pelakon.”
Mia Nasir
Rata-rata ramai yang meluahkan rasa risau terhadap keadaan Mia. Ada yang mengomen, “Rottweiler memang seram weh,” manakala ada yang berkata, “Rottweiler ni antara anjing yang ganas.”
Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih daripada 3 juta kali.
Dalam pada itu, Mia, yang juga seorang model dan usahawan wanita, kini sedang menjalani penggambaran drama baru berjudul ‘Andai Tiada Dia’ yang turut dibintangi oleh Mimi Lana.
GIPHY App Key not set. Please check settings