in ,

Siapa Sangka, Yuna Pernah Kena ‘Banned’ Dari Kanada

Penyanyi popular, Yuna mendedahkan dirinya pernah disenarai hitam daripada memasuki Kanada selepas satu insiden tidak disangka ketika mencari restoran piza halal.

Menerusi satu audio siar, Yuna berkongsi insiden tersebut berlaku ketika dia bersama beberapa rakan mencari makanan sejurus selepas selesai membuat persembahan di Detroit, Amerika Syarikat (AS).

“Waktu itu kami sangat lapar dan cuba mencari restoran menggunakan navigasi di telefon Blackberry selepas membuat persembahan di Detroit. Waktu itu sudah lewat malam dan kami ingin makan piza. Kemudian kami dapat tahu masih ada sebuah kedai masih beroperasi.”

Yuna

Menurut Yuna, mereka tertarik untuk ke restoran itu kerana menu halal yang ditawarkan. “Mengetahui kedai tersebut halal, kami terus memandu dan selepas beberapa jam, kami melihat ada papan tanda mengatakan, anda kini sedang meninggalkan Amerika Syarikat,” jelasnya.

Tanpa disedari, mereka telah melepasi sempadan AS dan memasuki Kanada melalui sebuah terowong. “Kemudian kami melalui satu terowong dan tiba di kawasan sempadan Kanada-AS. Memang mengejutkan dan kami cuba terangkan kepada kakitangan di situ, tetapi malangnya tidak berjaya kerana tiada visa, walaupun kami bawa pasport,” tambahnya.

Akibat insiden itu, Yuna disenarai hitam daripada memasuki Kanada selama beberapa tahun. “Untuk beberapa tahun saya disenarai hitam. Jadi, jika ingin membuat persembahan di Kanada, saya perlu melalui pemeriksaan yang sangat ketat (oleh imigresen),” katanya.

Yuna berkongsi bahawa insiden tersebut berlaku ketika dia masih di awal kerjaya muziknya di AS kira-kira 14 tahun lalu. Menurutnya, pengalaman itu menjadi satu pengajaran besar dalam perjalanannya sebagai artis antarabangsa.

“Malang sekali dalam kejadian itu kami tidak dapat makan piza,” jelas Yuna dengan nada kesal.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ibu Syamsul Yusof Sebak, Doakan Anak Hadapi Perceraian Kedua

Anggota BLACKPINK Dikhabar Angin Bercinta Dengan Cha Eunwoo?