in

Noor Nabila dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila dikhabarkan telah sah bercerai dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan talak satu, tengah hari tadi.

Namun luahan hati milik Nabila melalui Insta Story telah mencuri tumpuan ramai yang berkisarkan tentang bayangan rumah tangganya sebelum ini.

“Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda,” tulisnya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, pada jam 12.51 tengah hari tadi.

Insta Story tersebut memaparkan foto bersama bekas suaminya, Nabila berkongsi juga tentang manusia mengatur, namun Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.

“Kita merancang tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik. Semoga Allah membimbing dan merawat dan memenuhkan jiwa saya dengan keamanan,” katanya.

Noor Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 selepas dilamar menaiki belon panas.

Mengikut laporan F8Buzz sebelum ini, Nabila telah mengesahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Untuk rekod, Emran pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. 

Dalam pada itu, Nabila berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Lakar Kejayaan Harumkan Nama Malaysia, ‘Rain Town’ Bakal Ditayangkan Sebagai Tayangan Perdana Dunia

20 Makanan Viral Untuk Diserbu Di Sunway Putra Mall