Filem berbahasa Kantonis ‘Rain Town’ merupakan filem kedua karya syarikat produksi Current Pictures Sdn. Bhd. telah dipilih mewakili Malaysia sebagai Tayangan Perdana Dunia (World Premiere) di festival filem antarabangsa 10th Silk Road International Film Festival (SRIFF).

Kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia tersebut bakal ditayangkan pada 23 hingga 27 September ini bertempat di Fuzhou, China.
Pengarah filem terunggul, Tunku Mona Riza berasa gembira karyanya itu meraih tumpuan pihak luar malah berpeluang untuk ditayangkan dalam sebuah festival hebat di luar negara.
“Sudah tentu ini merupakan peluang untuk masyarakat luar dapat lebih mengenali Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya secara lebih dekat menerusi penayangan filem Rain Town di SRIFF.

“Apatah lagi, SRIFF merupakan antara salah sebuah festival filem yang agak besar di China dan saya harap Rain Town dapat memikat penonton di negara tersebut,” katanya.
Tambahnya, objektif penganjuran SRIFF merupakan galakan pertukaran budaya dan kerjasama strategik antarabangsa melalui pembangunan industri audio-visual China yang mana ianya sebahagian daripada usaha China’s Silk Road Film Bridge Project.
Dalam pada itu, pengarah filem Rain Town telah memenangi pelbagai anugerah di festival antarabangsa dan tempatan melalui filem Redha.

Lebih menarik lagi, filem pertama berbahasa Kantonis karya Tunku Mona merupakan aspirasi menghasilkan filem yang berpaksikan keunikan dan keindahan pelbagai bangsa dan budaya di Malaysia yang majmuk dan harmoni sebagai nilai penting yang boleh ditonjolkan di dalam dan luar negara.
“Saya membuat filem ini kerana ingin rakyat Malaysia sedar bahawa sebagai sebuah negara berbilang kaum yang harmoni, perlu ada pelbagai cerita budaya yang terdapat di Malaysia.

“Sudah tentu saya harap Rain Town dapat menarik minat semua kaum di Malaysia untuk menonton filem ini, sekali gus membuka dan memberi inspirasi kepada pengarah dan penerbit tempatan lain untuk mula mencipta filem silang budaya atau bahasa yang menggambarkan tentang masyarakat Malaysia,” jelasnya.
Rain Town turut menampilkan barisan pelakon hebat sekaligus terkenal serta pemenang anugerah seperti Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan) yang telah mencipta impak magis lakonan sebagai sebuah keluarga dengan pelbagai dimensi individu yang membawa kelainan serta kekuatan dalam cerita.

Selain itu, Rain Town bakal ditayangkan di pawagam di seluruh pelusuk negara bermula 8 Februari 2024.
GIPHY App Key not set. Please check settings