in

Diserang Bertubi-tubi Melalui ‘DM’, Enot Bertindak Mendiamkan Diri dan ‘Off’ Komen

Kemunculan pelakon, Enot dalam industri hiburan kian berkurang malah menimbulkan persoalan dalam kalangan para netizen apabila dia tampil memuat naik hantaran berbaur sindiran seperti menuju terhadap seseorang yang pernah rapat dengannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi Tiktok milik Enot atau Aliza Abdullah, dia seakan-akan sudah berserah jika anggapan untuk dirinya terus menjadi buruk dan tiada daya mahu jelaskan apa-apa.

“Hal terakhir dariku apabila aku sudah tidak ingin berdebat. Dari itu aku memilih diam walau seribu perkara tersimpan.

“Saat ini tidak lagi meminta perhatian, tidak lagi meminta penjelasan, tidak lagi ingin menjelaskan, dan tidak lagi inginkan perdebatan. 

“Tidak mengapa, aku baik-baik sahaja begini. Alah bisa tegal biasa. Lebih baik diam dari terpaksa berdebat yang bisa menyakitkan. 

“Apapun sangkaan dan tanggapan mereka, maka terserah. Aku lelah menjelaskan maka sekarang aku diam,” paparan foto yang dimuat naik di Tiktok Story miliknya.

Hantaran tersebut telah dimatikan komen supaya tidak ada sesiapa yang meninggalkan komen lagi. 

Namun menerusi hantaran sebelum itu, pelakon yang berusia 44 tahun itu kelihatan berang apabila netizen melibatkan nama arwah ibunya dalam kes viral tersebut.

Katanya, dia menafikan sekeras-kerasnya tentang pernikahan bersama seorang pengkid merupakan tidak benar kerana akui masih ingat hukum hakam agama.

Terdahulu, dalam sesi temubual Melodi bersama bekas sahabat baiknya, Didie Alias yang mendedahkan dia begitu sedih dengan keadaan kawan baiknya dan mengharapkan pengakhiran yang baik buat dirinya tanpa menyebut mana-mana pihak tetapi para netizen dapat menghidu dengan pantas hal mengenai Enot.

Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 51, akui tidak berniat untuk menyebarkan aib dan masih mendoakan yang terbaik buat kawan baiknya itu. Pun begitu, dia juga menawarkan dirinya untuk menguruskan jenazah kawan baiknya sehingga ke liang lahad. 

Sebelum itu, Enot turut pernah menjadi bualan ramai apabila tular beberapa video mesra dirinya bersama seorang wanita berperwatakan lelaki di media sosial.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Muzik Saya Bukan Ubat” – Kunto Aji Gesa Pendengar Cari Bantuan Professional

Pergolakan Rumah Tangga Bakal Berakhir Khamis Ini, Diana Tak Letak Harapan Tinggi