Pempengaruh, Aya Amiruddin telah memuat naik satu hantaran Instagram memberi petunjuk seperti mahu berputus asa.
“Maafkan aku, berjuang tak sampai habis,” tulis Aya di hantaran Instagram miliknya.
Aya sebelum itu telah memuat naik story Instagram mengatakan dirinya mengalami masalah kesihatan dan merasa bersalah kerana menyusahkan rakan-rakannya ni Mega Spontan.
“Tak tahu kenapa, tapi saya berasa tidak sihat hampir seminggu malah saya menerima banyak DM bimbang kerana ketiadaan saya di Mega Spontan.
“Saya ada memuat naik gambar saya ditahan di dalam wad tapi itu pun sekejap saja tapi tidak tahulah apa yang terjadi cuma saya rasa saya tidak boleh bermain.
“Saya berasa serba salah kerana saya telah menyusahkan semua orang kerana saya tidak boleh bermain,” kata Aya di Story Instagramnya.
Menjengah diruangan komen, difahamkan bahawa Aya mahu menarik diri dari menyertai program yang sedang dijalankan iaitu Mega Spontan terbitan Astro.
Rakan selebriti Sherry Alhadad turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat buat peserta Mega Spontan tersebut agar tidak berputus asa dan mengingatkan gadis kacukan Malaysia-Afrika itu ramai yang menyokong dirinya.
Terdahulu, ketiadaan Aya di Mega Spontan minggu keenam telah memberi tanda tanya kepada peminat dan penonton Mega Spontan.
Masih tidak pasti apa yang berlaku, F8Buzz akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kesahihan kisah ini.
Sekadar info, Mega Spontan disertai oleh barisan pelakon, pelawak dan penyanyi terkenal seperti Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Faradhiya, Ramona Zam Zam, Naim Daniel, Mark Adam dan ramai lagi.
Adakah Aya akan muncul di Mega Spontan esok? Saksikan Mega Spontan bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat jam 9:00 malam di saluran Astro Warna.
GIPHY App Key not set. Please check settings