in ,

Lagi Drama Lagi Rasa, Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Dibuka

Menggunakan slogan ‘Lagi Drama Lagi Rasa’, Anugerah Drama Sangat (ADS) kini kembali untuk edisi tahun kedua bagi menghargai para pengkarya industri hiburan Malaysia terutamanya dalam pembikinan drama.

Drama-drama yang diterbitkan oleh TV3 sepanjang tahun 2022 seperti Melur Untuk Firdaus, Budak Tebing 2, Tujuh Hari Mencintaiku 3 dan banyak lagi sentiasa menjadi bualan orang ramai dan trending di media sosial setiap kali ia ditayangkan di kaca televisyen.

Bagi menghargai dan meraikan usaha serta penat lelah para pengkarya, peminat drama Malaysia boleh mengundi drama dan artis kegemaran mereka bermula 2 Disember 2022 sehingga 30 Disember 2022 menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat .

Undian Anugerah Drama Sangat 2023 kini dibuka.

Jumlah keseluruhan kategori yang dipertandingkan ADS adalah sebanyak 12 kategori, enam darinya adalah dari undian peminat manakala enam lagi adalah dari penilaian juri profesional.

Enam kategori yang dibuka untuk undian peminat ialah Drama Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik.

Kategori yang dinilai oleh juri profesional pula adalah kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Siapa Juri All Together Now Malaysia Yang Paling Hot?!

Ungku Ismail Mohon Netizen ‘Report’ Berita Palsu Nad Zainal