Pelakon, Datin Atikah Suhaime berkongsikan perkembangannya hamil cahaya mata pertama.

Menerusi hantaran di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkongsi berkaitan selera makannya yang semakin kuat di mana pada trimester pertama dirinya hanya boleh memakan makanan ‘western’ sahaja.
Dalam pada itu, pelakon filem Tatiana tersebut turut memaklumkan pada ruangan kapsyen bahawa bayinya dijangka bakal dilahirkan pada bulan Mac tahun hadapan.
“Terima kasih sama-sama teman Atikah sepanjang hamil ni. Atikah ‘due’ bulan Mac, InsyaAllah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Atikah supaya proses bersalin dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan nanti bersalin,”
“Team baby Mac juga, semoga dipermudahkan,”
“Tak sabar nak tengok Atikah jadi mommy.”
Sekadar info, Atikah sebelum ini berkongsi tentang kehamilannya kepada media pada September lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings