Pelakon Azlan Komeng mengalami kecederaan serius akibat kemalangan yang berlaku pada 12 Oktober lalu.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, dia berisiko lumpuh jika kecederaan pada kaki kirinya tidak dirawat dengan baik.
“Kecederaan saya agak teruk dan doktor memaklumkan risiko lumpuh boleh berlaku jika tidak dirawat dengan baik dalam sebulan pertama,” katanya.
Azlan diberitahu oleh pakar bahawa dia memerlukan masa lima hingga enam bulan untuk sembuh sepenuhnya.
Saya risau tentang kehidupan isteri dan anak-anak saya, terutama kerana saya tidak boleh bekerja buat masa ini.
Azlan Komeng
Azlan turut mengakui bahawa keadaan ini hampir membuatkannya patah semangat.
Namun, sokongan daripada isterinya, Nur Nilam Ortiz, telah memberi kekuatan kepadanya untuk terus positif.
“Memang perasaan saya sangat ‘down’ kerana memikirkan masa depan keluarga,” jelasnya lagi.
zlan kini menetap di rumah keluarganya di Batu Pahat selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail.
Sebelum itu, dia menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lipis untuk mencantumkan kulit tangannya yang terkoyak.
Dalam kemalangan tersebut, selain kecederaan parah, kenderaan miliknya rosak sepenuhnya.
GIPHY App Key not set. Please check settings