in , , ,

Genre Aksi Dekat Di Hati Mierul Aiman, Idam Berlakon Filem Biopik

TEMU BUAL bersama Mierul Aiman di sidang media W Two World Watch Party.

Mierul menyatakan mengenai impiannya berlakon filem dan genre yang diminatinya. Menurutnya, dia mengidam untuk berlakon dalam filem biopik.

• • • • • • • •

Viu Original W: Two Worlds, sebuah karya adaptasi daripada drama bersiri popular Korea dengan tajuk yang sama. Siri romantik, fantasi dan thriller ini mula ditayangkan pada 30 November 2023 menampilkan barisan bintang terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin dibawah arahan Datuk Yusry Abdul Halim. 

W: Two Worlds mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff. 

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. 

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tanpa menyedari bahawa dirinya adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

Penonton boleh menonton W: Two Worlds di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Kuala Lumpur • 3 Januari 2024

#mierulaiman #wtwoworlds #viumalaysia 

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Angkat Dumbel 150 Kali Rahsia Faizal Hussein Masih Mampu Buat Aksi Lagak Ngeri

Percuma Jer! Buka Peluang IKS Buat Pemasaran Di TV