in ,

Kediaman Datuk Vida Disita, Cik B Tampil Titip Pesanan – “Insya-Allah Semua Akan Okay”

Semalam, kecoh di media sosial mengenai isu kediaman, barang dan kereta jenama mewah milik usahawan kontroversi Datuk Seri Vida disita.

Susulan perkara tersebut, anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil menitipkan pesanan.

Menerusi entri di Instagram Story, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, berharap agar orang ramai sentiasa bersabar dan tidak terlalu gusar atas apa yang berlaku.

Cik B turut menyatakan bahawa dia percaya perkara itu akan selesai tidak lama lagi.

“Korang sabarlah pasal yang kena sita itu. Insya-Allah semua akan okay.”

Cik B

Terdahulu, media melaporkan beberapa aset Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman.

Difahamkan, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tokoh Muzik Lagenda, Ahmad Nawab Meninggal Dunia

Jovian Mandagie Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Titip Pesanan Buat Nina – “Semoga Kalian Gembira…”