in ,

Jovian Mandagie Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Titip Pesanan Buat Nina – “Semoga Kalian Gembira…”

Ahad lalu, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman.

Susulan itu, pereka fesyen terkenal dan bekas suami Nina iaitu Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya kerana selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.

Bagaimanapun Jovian menyatakan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.

“Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.”

Jovian Mandagie

Dalam satu hantaran lain, Jovian turut menyatakan bahawa perpisahannya bersama Nina bukanlah satu pengakhiran sebaliknya permulaan untuk mencari sesuatu yang lebih indah. 

“Kadang kala perpisahan bukanlah suatu pengakhiran tetapi permulaan. Satu peluang untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah daripada semasa kita bersama,” tulisnya.

Sekadar info, Jovian dan Nina berpisah pada Ogos tahun lalu. 

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kediaman Datuk Vida Disita, Cik B Tampil Titip Pesanan – “Insya-Allah Semua Akan Okay”

Hampir Selesai Misi Selawat 40 Hari, Ruhainies Akui Diri Rasa Perubahan – “Banyak Nikmat Yang Diterima”