Pelakon, Zul Ariffin mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya berdoa agar dikurniakan jodoh di Jabal Rahmah, Mekah.
Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita.
“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri).”
Zul Ariffin
Bagaimanapun, Zul menyatakan perkara itu sebagai gurauan serta menegaskan hanya mahu seorang isteri dalam hidupnya.
“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).
“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.
“Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen di mana majoriti berharap agar Zul dipertemukan jodoh di samping ada yang terhibur dengan doa aktor berkenaan.
“Buat-buat tersasul pula,”
“Kau memang nak kahwin empat,”
“Semoga bertemu jodoh yang baik di kalangan yang baik Pak Cik Zul.”
Sumber: TikTok
GIPHY App Key not set. Please check settings