in ,

Jefri Nichol Dedah Suka Sleep Call Dengan Teman Wanita – Lebih Tenang Tidur…”

Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dirinya gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Jefri sendiri menerusi satu temubual bersama Ah Quote.

Jefri mengakui dia berasa lebih tenang untuk tidur sekiranya dapat menghubungi teman wanitanya sebelum tidur.

“Saya harus sleep-call, lebih tenang tidur kalau sleep call. Selalu nya dengan teman wanita. Kalau tengah single dengan siapa pun.”

Jefri Nichol

“Saya lebih suka telefon, saya tak suka mesej, video call kalau perlu sahaja.

“Saya akan video call kalau nak tengok orang yang saya telefon itu sedang berada di mana.

“Betul atau tidak dia di situ,” ujarnya ketika menjawab soalan samada lebih suka mesej atau menelefon pasangan.

@ahquote

Cerita @Jefri Nichol kalau mau tidur itu wajib sleep call.. 👀 #ahquote #jefrinichol #livyrenata #fyp

♬ original sound – Ahquote – Ahquote

Terdahulu, Jefri  mencuri perhatian ramai apabila mengaku sudah meniduri lebih 20 orang wanita meskipun belum pernah berkahwin.

Kenyataan tersebut membuatkan aktor filem Ali Topan itu dikecam kerana perkara berkenaan disifatkan sebagai sesuatu yang membawa pengaruh buruk kepada masyarakat.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tunggu Kehadiran Teman Hidup Baru, Ramai Netizen Tawar Diri Jadi Isteri Idzham Ismail – “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

Tokoh Muzik Lagenda, Ahmad Nawab Meninggal Dunia