Pelakon kontroversi, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Menerusi video oleh Icon Luxe, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor, mendedahkan harga beg tangan berjenama Louis Vuitton (LV) milik aktres berusia 32 tahun itu.
Selain itu, antara yang menarik perhatian adalah beg tangan tersebut diperbuat daripada kulit ular sawa.
“Harganya dalam RM65,000.”
Mirzan Johor
“Ini adalah Lady Dior ‘in python skin (kulit ular sawa)’.
“Ia adalah kulit ular yang original,” katanya.
Sekadar info, nama Ruhainies mula kerap menjadi perhatian netizen selepas terpalit kontroversi dengan penyanyi Aliff Aziz.
Untuk rekod, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016.
Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan selebriti itu bagaimanapun sah berpisah pada 13 Jun lalu setelah Aliff Aziz terpalit dengan kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium.
GIPHY App Key not set. Please check settings