in

Raih Anugerah Di Indonesia, Misha Omar Bangga Dengan Kejayaan Ernie Zakri – “Saya Sangat Gembira”

Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa bangga terhadap penyanyi, Ernie Zakri yang memperoleh kejayaan di Anugerah SCTV 2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada malam Rabu.

Menerusi posting di Instagram Story, Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aishah Omar menyifatkan Ernie sebagai duta baharu negara dipersada antarabangsa.

Tambah pelantun lagu Pulangkan itu lagi, bakat yang dimiliki Ernie juga besar dan berupaya untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik.

“Tahniah Ernie, Kak Mitch (Misha Omar) bangga dengan awak. Hati saya tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ini.”

Misha Omar

“Saya sangat gembira, akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang kecil comel orangnya tapi punya suara dan jiwa besar,” katanya.

Dalam pada itu, Misha turut mendoakan Ernie untuk terus maju ke hadapan serta berharap agar kemenangan ini dapat menarik minat lebih ramai peminat di Indonesia untuk mendengar karya tempatan.

“Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar dari seberang untuk dengar juga katalog muzik penyanyi-penyanyi negara kita yang lain.

“Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia dan Asia. I love you Ernie,” ujarnya.

Terdahulu, lagu nyanyian Ernie yang berjudul ‘Masing-Masing’ telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Sountrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV 2024.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anak ‘Membuang’ Dalam Butik Berjenama, Wanita Terpaksa Beli Kasut Elak Diri Kena ‘Banned’ 

Dituduh Yakin Pakai Jubah Mandi Saiz XXS, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen – “Potongan Bath Robe Memang Besar”