Komposer tersohor, Datuk S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
Menurut isteri, Datin Norizan Yeob, suaminya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Kajang, Selangor.
Berita pemergian S Atan disahkan isterinya, Datin Norizan Yeob.
“Benar, beliau (S Atan) sudah meninggal dunia. Saya akan maklumkan perkembangan berikut sebaik semuanya diuruskan.”
Norizan Yeob
Berita pemergian komposer legenda ini turut tular di media sosial, dengan kalangan penggiat seni dan para peminat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.
Sekitar September lalu, Allahyarham dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, di sini, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Pada 2006, Allahyarham dirawat hospital kerana menghidap angin ahmar.
S. Atan merupakan seorang komposer yang sangat masyhur menghasilkan lagu-lagu raya malar segar nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, dan ratusan lagu lain.
Sebelum ini, komposer yang banyak menghasilkan lagu tradisional serta lagu hari raya malar segar itu pernah dirawat di hospital akibat masalah buah pinggang dan angin ahmar.
Allahyarham juga pernah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada September lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Sumber: AWANI
GIPHY App Key not set. Please check settings