in ,

Warga Asing Kongsi 9 Tahun Hidup Di Malaysia, Tapi Rupa Paras Pula Jadi Perhatian Netizen – “Macam Fattah Amin”

Satu hantaran tular di TikTok memaparkan seorang lelaki menemu bual satu individu warga asing.

Menerusi posting tersebut, lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh tersebut menyatakan bahawa dirinya telah menetap di Malaysia selama sembilan tahun. 

Dalam sesi temu bual itu juga lelaki berkenaan sempat berkongsi berkaitan pendapatannya yang mencecah sehingga RM3,000 sebulan di samping mempunyai seorang teman wanita yang merupakan warga Malaysia.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah rupa paras lelaki itu yang dikatakan seiras dengan pelakon, Fattah Amin.

”Macam Fattah Amin!”

Sekadar info, nama Fattah Amin kembali hangat diperkatakan selepas memegang status duda.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Fattah dan Fazura telah merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Sumber: TikTok

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ameera Khan Kembali Ke Jakarta, Kongsi Foto Bersama Jefri Nichol – “So Happy To Be Back”

Cinta Kembali Bertaut? Foto Ameera Khan & Jefri Nichol Mesra Berpegangan Tangan Tersebar