Pelakon Lana Nodin mencuri tumpuan ramai setelah berkongsi dirinya menemani anak perempuannya menunaikan solat di masjid.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Lana dapat dilihat sedang duduk di dalam masjid sementara menunggu anaknya, Gia Quinn Mckienzie menunaikan solat.
Menurut Lana, dia tidak dapat menunaikan solat bersama Gia dek kerana dalam tempoh haid.
“Hari ni mak pergi teman anak ke masjid. Mak bulan mengambang anak pula nak solat dalam masjid. Apapun semoga membesar jadi anak yang solehah.”
Lana Nodin
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian kepada Lana kerana berjaya mendidik anak dari segi agama.
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9 dan William Daud Mckienzie, 6.
GIPHY App Key not set. Please check settings