Pelakon Fattah Amin berkongsi satu video mempamerkan momen manis ketika meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Fattah dapat dilihat memegang erat tangan puterinya ketika mereka keluar bersama di sebuah pasar raya.
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah apabila Fatima meminta Fattah supaya mendukungnya.
Pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku berkenaan bagaimanapun menerangkan bahawa dirinya tidak kisah untuk mendukung Fatima walaupun anaknya itu sudah besar.
“Fatima. Daddy tahu Fatima suka Daddy dukung. Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun Fatima dah besar. Sebab kamu akan sentiasa jadi my precious baby.”
Fattah Amin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak melihat momen manis dua beranak tersebut.
“Sedih pula tengok,” tulis seorang netizen.
“Sedihnya lah,” komen seorang lagi warganet.
“Fatima nampak gembira sangat dengan ayah dia,” kata wargamaya.
Terdahulu, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin.
Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.
GIPHY App Key not set. Please check settings