Pelakon Aeril Zafrel mencuri perhatian netizen setelah dia memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan pakaian dalam fesyen ‘Old money’.
Menerusi entri yang dibuat di akaun TikToknya, aktor berusia 36 tahun itu dapat dilihat memakai t-shirt berona biru gelap yang digandingkan bersama seluar berwarna hitam.
“Macam mana, boleh join geng Old money tak?”
Aeril Zafrel
Bagaimanapun, posting berkenaan mencuit hati netizen apabila Aeril melilit sehelai seluar di bahagian leher bagi menggantikan ‘cardigan’ yang selalunya digayakan dalam estetik ‘Old money’.
“Gantung blazer bukan seluar,”
“Lebih kepada old person,”
“Bukan seluar! Salah.”
Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya beranggapan bahawa hantaran berikut ditujukan sebagai ‘gurauan’ kepada pempengaruh hangat media sosial, Andika Putera yang baru-baru ini menubuhkan satu komuniti dikenali sebagai ‘Old money’.
“Andika is shaking,” komen seorang netizen.
“Bab bahan orang laju,” seloroh seorang lagi warganet.
“Bahan teruk ni!,” tulis netizen lagi.
Sumber: TikTok
GIPHY App Key not set. Please check settings