in ,

Dituduh Culas Bayar Cukai Oleh Bekas Isteri, Ini Respon Jofliam – “Saya Tak Pernah Lari…”

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam menafikan dakwaan berkaitan dirinya yang dikatakan culas membayar cukai oleh bekas isterinya, Cik Epal yang meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.

Dalam entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menyatakan bahawa dia tidak pernah mengelak daripada membayar cukai sebaliknya telah menyelesaikan segala bayaran sejak tahun 2020.

“Saya tak pernah lari dari cukai dan saya dah selesaikan cukai dari tahun 2022, 2021, 2020 dan ke bawah.”

Jofliam

“(Cukai) 2024 perlu diselesaikan pada tahun 2024 dan 2024 pun belum habis guys.

“Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan adalah berdasarkan ‘event’. Jangan kira duit masuk sahaja tapi kira juga duit yang keluar,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Jofliam sempat berkongsi resit perbelanjaan berkaitan perniagaan pizza termasuk gaji pekerja dan sebagainya.

Sekadar info, Cik Epal sebelum ini mencuri perhatian apabila menggesa pihak LHDN menyiasat perniagaan Jofliam dan mendakwa  keuntungan yang diterima bekas suaminya sepanjang berbisnes adalah sekitar RM600,000 sebulan.

Cik Epal juga mendakwa perniagaan Joflian hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai.

Sumber: Instagram

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dikatakan Bercinta Dengan Azrel Ismail, Ruhainies Tak Ambil Pusing Khabar Angin – “Saya Dah Penat…”

Astro Radio Kekal Pilihan Utama Rakyat Malaysia, Raih 14.9 Juta Pendengar Seluruh Negara