in ,

Dikatakan Bercinta Dengan Azrel Ismail, Ruhainies Tak Ambil Pusing Khabar Angin – “Saya Dah Penat…”

Nama aktres sensasi Ruhainies sekali lagi menjadi bualan apabila kali ini dirinya dikaitkan bercinta dengan pelakon, Azrel Ismail.

Dalam entri yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Azrel.

Menerusi perbualan tersebut, Azrel menghantar satu hantaran yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Ruhainies.

Bagaimanapun Ruhainies tidak memandang serius hal berkenaan sebaliknya menganggap berita yang tersebar itu hanya sekadar gurauan semata-mata.

“Gurauan hari ini! Suka ya gula-gulakan netizen.vEntahlah, saya dah penat tapi layankan sahaja.”

Ruhainies

Sekadar info, sebelum ini sebuah blog hiburan mendakwa Ruhainies sudah berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Ruhainies kemudian menasihati netizen agar tidak terpedaya dengan berita berkenaan kerana posting itu dibuat untuk
melariskan jualan di platform media sosial semata-mata.

Pada tahun 2017, Ruhainies dan Azrel pernah digosipkan bercinta, namun aktres ini menafikan perkara itu dan memberitahu hubungan mereka sekadar sahabat baik sahaja.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gayakan Fesyen ‘Old Money’, Netizen Anggap Aeril Zafrel ‘Bahan’ Influencer – “Andika Is Shaking…”

Dituduh Culas Bayar Cukai Oleh Bekas Isteri, Ini Respon Jofliam – “Saya Tak Pernah Lari…”