Pelakon dan penyanyi, Fazura mengakui memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak dari usia kecil.
Menerusi temu bual rancangan Sea Today News, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin mendedahkan dirinya juga mampu menulis lirik lagu sejak umur belasan tahun.
“Sejujurnya impian saya dari kecil saya suka menyanyi.”
Fazura
“Ketika umur saya baru sahaja 11, 12 tahun, saya dah boleh tulis lirik,” ujarnya.
Terdahulu, Fazura tampil membuat penampilan sulung buat pertama kali dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin 7 Oktober lalu.
Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
GIPHY App Key not set. Please check settings