in ,

3 Bintang Indonesia Sertai Gegar Vaganza 11, Ini Latar Belakang Inka Christie, The Lima dan Dyrga Dadali

Gegar Vaganza (GV) bakal kembali dengan musim ke-11 di mana rancangan realiti tersebut menampilkan 14 peserta bersaing demi merebut gelaran juara.

Tidak hanya mengambil peserta dari Malaysia, GV11 juga turut menampilkan tiga bintang dari Indonesia sebagai peserta untuk musim kali ini.

Ini latar belakang berkaitan tiga peserta berkenaan:

Inka Christie

Rinni Chries Hartono atau lebih dikenali sebagai Inka Christie, 51, merupakan seorang penyanyi rock yang berasal dari Bandung, Jawa Barat Indonesia.

Inka terkenal di Malaysia dan Indonesia pada sekitar 90an. Selain itu, Inka juga pernah membawa lagu ciptaan komposer dari Malaysia Saari Amri iaitu Gambaran Cinta.

Inka juga pernah memenangi anugerah dalam kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik dengan lagu berjudul Tiada Cinta Yang Lain di Anugerah Musik Indonesia (AMI Award) pada tahun 1997 selain Anugerah Album Terbaik Indonesia pada 1998.

The Lima

The Lima merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari tiga anak muda dari Indonesia iaitu C Taufani Rahadian (Taura), Bony Adam (Bony) dan Arif Topan Sanjaya (Arif). 

Nama kumpulan The Lima mula dikenali selepas meraih gelaran juara menerusi program rancangan realiti televisyen di TV3, Gang Starz pada tahun 2007.

Susulan kemenangan yang disandang, kumpulan The Lima menggondol hadiah lumayan seperti yang dijanjikan TV3 iaitu wang tunai bernilai AS$100,000 (RM 340,00), trofi serta kontrak rakaman bersama KRU Music Group (KMG).

The Lima membuat kemunculan semula pada tahun ini dengan penyertaan mereka dalam program GV11 selepas 17 tahun menjuarai Gang Starz.

Dyrga Dadali

Dyrga merupakan vokalis bagi kumpulan Dadali yang berasal dari Bogor, Indonesia. Kumpulan tersebut ditubuhkan pada 11 September 2009.

Nama kumpulan Dadali mula dikenali selepas videonya di YouTube meraih lebih satu juta penonton hanya dalam masa lima bulan.

Dalam waktu enam bulan, video yang berkenaan meraih lebih dari dua juta kali tontonan. Berkat prestasinya tersebut Dadali Band memecahkan rekod MURI sebagai band yang videonya paling banyak ditonton di YouTube.

Sekadar info,

GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fattah Amin Luah Rasa Rindu Terhadap Fatima – “Sangat Sukar Kerana Kamu Tiada Di Sini”

Main Permainan ‘This Or That’, Jawapan Fattah Amin Curi Perhatian