Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah, menasihatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki berstatus duda agar banyak bersabar.
Menurut Watie, atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, wanita yang memilih duda harus memiliki hati yang cekal.
“Tip dia, kena tahu dulu apa yang kita pilih. Kalau itu adalah pilihan kita, jadi kena banyakkan bersabar,” katanya.
Watie turut menekankan kepentingan untuk tidak mudah terasa hati dengan perkara remeh.
“Kalau ada benda terasa hati, cepat-cepat baca selawat dan ingat dunia hanya pinjaman,” ujarnya.
Katanya lagi, sifat mudah terasa hati dengan pasangan adalah normal, namun tidak boleh membiarkan emosi menguasai diri.
Boleh terasa hati, tetapi harus cepat pujuk diri, semua pun Allah punya.
Watie Hanifiah
Watie juga menasihatkan golongan isteri untuk sentiasa berdoa agar hubungan suami isteri kekal harmoni.
“Yang penting, kena selalu berdoa minta Allah beri kasih sayang dalam keluarga,” katanya lagi.
Menurut Watie, berfikiran positif adalah kunci untuk mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga.
“Kalau kita berfikiran baik, insya-Allah ganjaran yang baik kita terima,” jelasnya.
Watie berkahwin dengan Shuib pada 23 Jun 2023, selepas pemergian isteri pertama Shuib, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
GIPHY App Key not set. Please check settings