Pempengaruh Datuk Red merancang untuk rujuk dan menunaikan impian bekas isterinya, Adira Suhaimi, untuk mengadakan majlis resepsi jika mereka kembali sebagai suami isteri.
Menurut Datuk Red, atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, Adira pernah menyuarakan hasrat tersebut kerana mereka bernikah di luar negara tanpa majlis sebelum ini.
“Insya-Allah. Saya ada suarakan dekat Adira, tapi dia kata hari itu bernikah pun sorok-sorok. Takkan kali ini nak sorok-sorok juga?” katanya.
Datuk Red bersetuju dengan permintaan Adira untuk mengadakan majlis kecil.
Ahli perniagaan berusia 46 tahun itu berharap orang ramai mendoakan impian Adira dapat direalisasikan.
“Kasihankanlah dia. Jadi saya mahu menunaikan permintaannya itu,” tambahnya.
Rata-rata netizen gembira dan mendoakan agar pasangan ini dapat bersatu semula.
Ramai tidak sabar melihat mereka kembali hidup bersama selepas enam bulan bercerai.
“Semoga Adira sihat dan ada jodoh semula dengan Datuk Red,” tulis seorang pengikut.
Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Namun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak.
GIPHY App Key not set. Please check settings