in ,

Status Perkahwinan Fazura dan Fattah Amin Ditentukan Esok

Soal perceraian atau penangguhan lagi, perkahwinan pasangan popular Fazura dan Fattah Amin akan menemui penentuan esok.

Prosiding tuntutan cerai Fazura terhadap Fattah dijangka berlangsung pada pukul 9.00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Sebelum ini, Fattah, 33, belum bersedia untuk menceraikan isterinya ketika prosiding pertama pada 25 September lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Namun, Fazura, 41, nekad mahu berpisah demi menjaga maruah diri dan kesejahteraan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Kes tersebut ditangguhkan ke 7 Oktober untuk perbicaraan lanjut.

Baru-baru ini, Fattah menghadiahkan Fazura bunga hidrangea merah jambu sempena ulang tahunnya yang ke-41.

Difahamkan, bunga itu membawa makna permohonan maaf dalam budaya Jepun.

Ramai netizen menyedari bahawa pasangan itu tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka di media sosial masing-masing.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Atikah Suhaime Kongsi Kisah Nasi Goreng Resipi Ibu, Kini Menjadi Kegemaran Keluarga Mentua

Insiden Warga Palestin Buat Kecoh di WTKL, Caprice Nasihat Rakyat Malaysia Jangan Cepat ‘Koyak’