in ,

Insiden Warga Palestin Buat Kecoh di WTKL, Caprice Nasihat Rakyat Malaysia Jangan Cepat ‘Koyak’

Penyanyi rap Caprice meluahkan rasa kecewa terhadap masyarakat Malaysia yang cepat menjatuhkan hukum susulan insiden kekecohan melibatkan sekumpulan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.

Menurut Caprice, orang ramai tidak sepatutnya menghukum seluruh warga Palestin hanya kerana insiden tersebut dan menggesa kerajaan menghantar mereka pulang.

“Jangan disebabkan satu keluarga buat hal, kita lupa seramai 40,000 umat Islam di Palestin dikorbankan.”

Caprice

Caprice menganggap insiden itu sebagai ujian untuk rakyat Malaysia, mengingatkan agar mereka tidak terlalu “koyak” dengan kes terpencil ini.

Penyanyi itu turut menegaskan bahawa masyarakat perlu lebih memahami tekanan dan trauma yang dialami oleh warga Palestin akibat peperangan.

“Mungkin wanita itu tertekan, kita tidak tahu trauma apa dia lalui,” ujarnya.

Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan kekecohan tersebut, Caprice kecewa dengan reaksi masyarakat yang dianggapnya lemah dalam membantu umat Islam.

“Jujur saya cakap ramai orang kita lemah, kononnya terpaling Palestin tetapi sebenarnya korang terpaling lemah.”

Caprice

Sebelum ini, insiden kekecohan di WTKL tular di media sosial, di mana seorang wanita warga Palestin didakwa bertindak kasar kerana kecewa tidak dibenarkan menginap di luar premis tersebut.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel tiba di Malaysia untuk mendapatkan rawatan.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Status Perkahwinan Fazura dan Fattah Amin Ditentukan Esok

Pencipta Nama Senario, Kenapa Shamsul Ghau Ghau Tiada Dalam Senariounion?