Penyanyi Cliff Umar, juara Gegar Vaganza musim ketujuh, kini telah bangkit semula selepas pernah terjebak dengan dadah.
Menerusi Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila masih dikurniakan rezeki dengan bekerja sebagai pemandu teksi motosikal di Indonesia atau Gojek.
Saya tidak kisah melakukan apa-apa pekerjaan termasuk sebagai pemandu gojek.
Cliff Umar
Walau bagaimanapun, dia tidak memperincikan sejak bila bebas dari hukuman dan berhijrah ke negara seberang. Sebelum ini, Cliff didenda sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri.
Kini, dengan kerja barunya, Cliff menunjukkan bahawa dia berusaha untuk memulihkan hidupnya.
“Tidak kira apa yang berlaku dalam hidup saya, sama ada bergegar di pentas suatu hari nanti atau mencari rezeki sebagai penunggang Gojek, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kehidupan yang saya jalani.” tambahnya.
GIPHY App Key not set. Please check settings