Pelakon terkenal, Fazura, kembali aktif di aplikasi X selepas setahun tidak membuat sebarang hantaran.
Hantaran terbarunya menarik perhatian ramai apabila seolah-olah memberi petunjuk mengenai keadaan rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin, yang dikhabarkan berdepan masalah.
Menerusi hantaran tersebut, Fazura membalas tweet seorang individu yang berkongsi tentang masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga.
“Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!” tulis Fazura dalam balasan itu.
Rata-rata pengguna aplikasi X mula membuat spekulasi bahawa mungkin ini adalah cara Fazura memberi bayangan tentang situasi peribadinya. Ada yang beranggapan, ia mungkin berkait dengan isu sama yang dihadapi Fazura dan Fattah.
Walaupun tiada pengesahan lanjut daripada Fazura mengenai situasi sebenar, netizen tidak henti-henti berbincang tentang kemungkinan masalah rumah tangga beliau. Beberapa pengguna menyuarakan rasa simpati dan berharap yang terbaik untuk Fazura.
Seorang pengguna X menulis, “Apa-apa pun korang doakan yang terbaik untuk Fazura dan keluarga. Semoga urusan mereka dipermudahkan.”
Spekulasi tentang rumah tangga Fazura dan Fattah semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, namun kedua-duanya masih belum memberi kenyataan rasmi.
Para peminat kini menunggu perkembangan lanjut daripada pasangan selebriti popular ini.
Namun, buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang sahih mengenai isu perpisahan atau perceraian antara Fazura dan Fattah Amin.
GIPHY App Key not set. Please check settings