in ,

‘Ada Yang Sanggup Turun Dari Pantai Timur!’ – Jelajah Suria Kuasa 2 Meriah di JB

Siri Jelajah Suria Kuasa 2 berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung di Angsana Mall, Johor Bahru pada hujung minggu lalu. Acara ini dimeriahkan dengan pertandingan KiraOke Suria dan persembahan artis popular seperti Ameng Spring, Nabila Razali, Black Hanifah, dan Aina Abdul.

Pertandingan KiraOke Suria dimenangi oleh Masturah Azhar yang membawa pulang hadiah RM3,000. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Ahmed Daniel dan Mohd Khairul Shahfawi yang masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

Peserta menunjukkan semangat luar biasa dengan persaingan sengit dalam setiap persembahan. Pelbagai latar belakang peserta, termasuk dari Kelantan dan Terengganu, hadir untuk bertanding.

Respons yang kami terima mengenai pertandingan KiraOke Suria ini amatlah luar biasa. Saya dimaklumkan, ada peserta yang sanggup datang dari Kelantan dan Terengganu semata-mata untuk menyertai pertandingan ini.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin

Pendengar juga berpeluang bertemu penyampai Suria FM dalam acara tersebut, yang berlangsung meriah sepanjang dua hari.

Menurut DJ Lin, sambutan di Angsana Mall sangat menggalakkan, dengan pengunjung hadir dari pagi hingga malam, termasuk dari Singapura dan Brunei.

Jelajah Suria Kuasa 2 akan diteruskan di Aeon Mall Nilai pada 28 dan 29 September dengan barisan artis popular seperti Danial Kifli, Baby Shima, dan Ruffedge.

Untuk maklumat lanjut, layari suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Diana Danielle Sindir Isu Nasi Kandar Milik Indonesia

6 Tahun Bercinta, Anak Ahmad Dhani, Al Ghazali Lamar Kekasih Model Di Itali