Selepas enam tahun bercinta, anak penyanyi terkenal Ahmad Dhani, Al Ghazali, melamar kekasihnya, Alyssa Daguise, di Lake Como, Italy, pada 21 September lalu.
Al, 27, yang juga anggota kumpulan Lucky Laki, melutut dan memberikan kotak cincin kepada Alyssa, 26, dengan ungkapan romantis.
Mencintaimu adalah satu kelebihan dan dicintaimu adalah satu anugerah.
Al Ghazali
Hubungan mereka yang bermula sejak 2016 mendapat restu penuh daripada keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk ibunya, Maia Estianty. Walau pernah berpisah dua tahun lalu, mereka kembali bersama dan hubungan ini semakin erat.
Alyssa yang berdarah campuran Indonesia-Perancis, pernah mengambil jurusan pergigian sebelum menukar pengajian kepada bidang fesyen di Paris, di mana dia memperoleh ijazah pada 2021.
Sebagai model, Alyssa pernah bekerja dengan jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Dior, Hermès, dan Bvlgari. Dia kemudian beralih kepada lakonan, membintangi filem seperti Pelukis Hantu dan 200 Pounds Beauty.
Pertunangan ini mendapat perhatian ramai, termasuk rakan-rakan selebriti yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut melalui media sosial.
Artis Malaysia seperti Nur Fazura dan Mimi Lana juga turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan yang sangat disayangi ramai itu.
Lamaran romantis Al Ghazali di Lake Como menandakan langkah besar dalam hubungan mereka yang telah melalui pelbagai fasa sepanjang enam tahun bersama.
GIPHY App Key not set. Please check settings