in ,

Diana Danielle Sindir Isu Nasi Kandar Milik Indonesia

Pelakon Diana Danielle berharap rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataan orang Indonesia bahawa makanan mereka lebih baik, bagi mengelakkan perbalahan.

Diana, 34, secara sinis menyatakan bahawa beliau tidak mahu berdebat dengan individu yang tidak boleh menerima fakta dan sentiasa mahu menang.

“Boleh tak kita setuju sahaja dengan mereka dan teruskan kita macam dunia ini semua asalnya dari sana (Indonesia),” katanya menerusi X.

Kontroversi ini timbul selepas seorang cef dari Indonesia mendakwa nasi kandar buatan tangannya lebih asli berbanding buatan Malaysia yang dikatakan agak berpasir.

Ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju kerana nasi kandar merupakan makanan asal Pulau Pinang.

Segelintir netizen juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pihak dari Indonesia yang sering menuntut sesuatu tanpa bukti jelas.

“Kita tak pernah tuntut nasi padang, tetapi mereka dakwa nasi kandar milik mereka,” kata seorang pengikut.

“Buang masa sahaja bergaduh. Sampai tahap ini, saya tidak kisah apa sahaja yang mereka mahu tuntut,” komen netizen lain.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kek Hari Jadi Noah Terlihat Sama Seperti Kek Allahyarham Ashraf Sinclair, Netizen Sebak

‘Ada Yang Sanggup Turun Dari Pantai Timur!’ – Jelajah Suria Kuasa 2 Meriah di JB