“Itu hanya kebetulan,” kata pelakon Muaz Zabir yang sering dilihat menggayakan pakaian sedondon bersama Bella Astillah di beberapa acara hiburan.
Menurut Muaz, dia tidak pernah berbincang dengan Bella untuk mengenakan pakaian warna yang sama.
“Tadi pun saya sempat bertemu Bella, masing-masing pakai warna yang sama, tapi kami tak pernah merancang,” ujarnya.
Muaz menjelaskan bahawa dia sering memakai pakaian putih di acara yang dihadiri dan kebetulan warna tersebut juga dipakai Bella pada masa itu.
Dia juga menegaskan bahawa hubungannya dengan Bella hanyalah sebagai kawan, dan tiada niat untuk mendekati pelakon itu walaupun tempoh edahnya sudah berakhir.
“Saya tak pernah anggap itu sebagai peluang yang perlu direbut, kami hanya berkawan,” tambahnya.
Sebelum ini, Muaz pernah membuat pengakuan yang dia tidak menolak sekiranya berjodoh dengan Bella, namun berterima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.
Untuk rekod, Bella bercerai dengan penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun lalu selepas berkahwin pada 2016 dan dikurniakan dua anak.
GIPHY App Key not set. Please check settings