Pelakon popular Malaysia, Anna Jobling kini mencipta nama di Indonesia selepas terlibat dalam filem sulung arahan Baim Wong berjudul Lembayung, yang bakal ditayangkan secara rasmi di Indonesia mulai 18 September 2024.
Anna mendedahkan bahawa selepas Lembayung, dia menerima tiga tawaran filem baharu dari produksi Indonesia.
“Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier di Indonesia,” ujar Anna.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus ini turut berterima kasih kepada Baim Wong atas sokongan dan bimbingan yang diberikannya.
“Baim bukan sahaja seorang pengarah yang berbakat, tetapi juga seorang mentor yang banyak membantu saya. Beliau benar-benar membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia.”
Anna Jobling
Anna yang sering berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia melihat perkembangan kariernya sebagai satu langkah positif.
“Saya berharap dapat terus menonjolkan bakat saya di kedua-dua negara dengan sokongan peminat dan peluang yang diterima,” jelasnya.
Dengan pelbagai tawaran baru yang diterima, Anna kini merancang untuk mengembangkan lagi sayapnya di Indonesia.
“Saya berharap dapat memberikan lebih banyak karya berkualiti kepada peminat di Malaysia dan Indonesia. Ini adalah fasa baru dalam karier saya,” ujar Anna dengan penuh keyakinan.
GIPHY App Key not set. Please check settings