Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi, membuat kejutan besar apabila beliau membotakkan kepalanya demi memenuhi permintaan para peminat ketika sidang media Konsert Tsumawi 20th: Mawi Live in KL, di Bangi, hari ini.
Yang mencuit hati, isterinya sendiri, Ekin, atau nama sebenar, Nora’Asikin Rahmat, turut membantu membotakkan rambut Mawi yang asalnya panjang.
Semasa majlis itu, pengacara sempat bertanya kepada Ekin sama ada dia lebih suka Mawi berambut panjang atau botak.
Anak perempuan mereka, Cahaya Malaika, yang turut hadir di majlis tersebut, kelihatan menangis di atas pentas apabila melihat gaya rambut baru ayahnya.
Gaya rambut Mawi ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan hampir 20 tahun lalu ketika beliau masih membina kerjaya sebagai penyanyi menerusi penyertaannya dalam Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005, di mana beliau diangkat sebagai juara.
Pada masa itu, Mawi amat sinonim dengan gaya rambut botaknya yang menjadi tumpuan ramai dan penggemarnya, yang dikenali sebagai ‘Mawi World’.
Ketika zaman kegemilangan Akademi Fantasia 3, aura ‘Mawi World’ sangat kuat dan menjadi fenomena, menyebabkan Mawi digelar ‘Raja SMS’.
Dalam perkembangan lain, Mawi bakal melangsungkan konsert solo keduanya, Konsert Tsumawi 20th: Mawi Live in KL, sempena 20 tahun penglibatannya dalam industri muzik, pada Januari tahun hadapan.
GIPHY App Key not set. Please check settings