in ,

Fattah Amin Terkejut dengan Permohonan Cerai Fazura

Fattah Amin akhirnya bersuara mengenai isu penceraian yang difailkan oleh isterinya, Nur Fazura.

Menurut Fattah, 34, dia hanya mengetahui berita tersebut melalui media sosial. “Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui laman media sosial semata-mata, terutamanya setelah ia ditularkan.”

Fattah juga meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan keadaan tersebut, namun menegaskan kasih sayangnya terhadap Fazura masih utuh.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita tersebut. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi isteri saya, Nur Fazura”

Fattah Amin

Dia turut menafikan spekulasi yang mengatakan terdapat wanita lain dalam hidupnya. “Saya ingin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidup saya seperti yang telah diperkatakan dan dihebohkan dalam laman-laman media sosial sehingga kini.”

Fattah memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fazura. “Saya dengan rendah diri memohon doa yang baik dan sokongan daripada kalian semua agar segala urusan kami berdua dipermudahkan serta diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.”

Terdahulu, pengawal peribadi Fazura mendakwa terdapat orang ketiga dalam rumah tangga mereka, yang dikaitkan dengan penata gaya hijab Fazura.

Pasangan ini telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, berusia empat tahun.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dah Nak Habis Tahun Ni, IKEA Lancar Promosi Baru!

Dianiaya HYBE, Jungkook BTS Nyatakan Sokongan Terhadap NewJeans