Pelakon Datin Intan Najuwa tidak ambil pusing dengan komen netizen yang menyamakan dirinya dengan watak Olive, kekasih Popeye, susulan imej berambut pendek yang kini digayakannya.
Intan, 27, selesa dengan gaya tersebut dan tidak terganggu dengan pandangan orang lain.
“Saya tak kisah orang nak cakap saya macam kekasih Popeye atau Shrek. Paling penting, saya gembira dengan rambut ini, panjang atau pendek.”
Datin Intan Najuwa
Menurutnya lagi, suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, juga menyukai penampilannya dan itu sudah cukup buatnya.
Dia turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberi teguran, terutamanya terhadap individu yang tidak dikenali.
Katanya, menjaga adab dan memberikan nasihat dengan cara yang betul adalah penting dalam kehidupan.
Intan sering menjadi perhatian di media sosial, terutamanya selepas disahkan hamil anak pertama.
Dia kerap berkongsi rutin hariannya termasuk sesi membeli-belah barangan bayi di London serta kehidupannya yang disayangi dan dimanjakan oleh suaminya.
GIPHY App Key not set. Please check settings